�HENTI SEBAR GAMBAR, VIDEO SAYA�


�HENTI SEBAR GAMBAR, VIDEO SAYA� | KUALA LUMPUR - Penyanyi, Nurshahila Amir Amzah atau Shila Amzah mendesak pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar dan videonya sebelum berhijab supaya berhenti berbuat demikian.

Shila menyuarakan pendirian berkenaan setelah masih ramai yang mengguna serta menyiarkan foto dan videonya yang belum bertudung di laman sosial.

Penyanyi berusia 25 tahun itu kelihatan berang dan meminta mana-mana pihak tidak lagi memuat naik gambarnya tidak menutup aurat dan tag dirinya ke foto seperti itu.

Dia juga memberi amaran bahawa sesiapa yang tag dirinya ke dalam gambar sedemikian akan disekat di laman Instagramnya. Shila mula berhijab sepenuhnya sejak tahun 2012.

0 Response to "�HENTI SEBAR GAMBAR, VIDEO SAYA�"

Post a Comment