Kenali Pembantu Juruterbang Pesawat Germanwings Yang Sengaja Menjunamkan Pesawat!


FRANKFRUT: Kelab Penerbangan LSC Westerwald di Montabaur, Jerman mengesahkan Andreas Lubitz sebagai pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di Pergunungan Alps Perancis.

Menurut kelab itu, Lubitz merupakan ahli kelab tersebut.

"Andreas menjadi ahli kelab itu sejak usia muda untuk mencapai cita cita menjadi seorang juruterbang.

"Dia disahkan sebagai pembantu juruterbang bagi pesawat tersebut apabila salah seorang ahli kelab itu mengenal pasti gambar beliau di dalam sebuah akhbar.

Pihak berkuasa masih lagi menjalankan siasatan bagi mencari punca pesawat terhempas yang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Barcelona dengan membawa lebih kurang 150 penumpang.

Menurut hasil siasatan kotak hitam pesawat tersebut, salah seorang juruterbang telah keluar dari kokpit sebelum pesawat itu terhempas.

Sebuah akhbar di pekan Montabaur, yang terletak di Rhineland Palatinate, Jerman turut mengeluarkan satu kenyataan melahirkan rasa simpati kepada keluarga beliau tetapi tidak menyatakan nama Lubitz.

Namun, pihak Germanwings dan syarikat induknya, Lufthansa turut enggan mendedahkan nama nama juruterbang yang terlibat dan maklumat lain mengenai kejadian tersebut.
Seorang pendakwa di Marseille, Brice Robin mendakwa Lubitz mungkin sengaja menyebabkan pesawat tersebut terhempas.

Andreas Lubitz.

Dakwaan itu susulan analisis awal data perakam suara kokpit mendedahkan salah seorang juruterbang terkunci di luar kokpit.

Analisis awal itu memaklumkan bahawa juruterbang itu cuba memecah pintu kokpit untuk masuk ke dalam.

Bagaimanapun, masih belum ada petunjuk mengapa juruterbang itu meninggalkan kokpit dan apakah yang berlaku kepada juruterbang yang berada di dalam kokpit pesawat itu.
"Pembantu juruterbang itu bersendirian di dalam kokpit. Dia enggan membuka pintu kokpit kepada juruterbang dan menjatuhkan pesawat itu dengan sengaja," kata Robin berdasarkan maklumat awal data perakam di kokpit.
Laporan Kosmo:
“Dalam siasatan awal ini, kita boleh mengandaikan bahawa pembantu juruterbang enggan membuka pintu kokpit sebelum mengaktifkan panel yang menyebabkan pesawat mula menjunam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Pihak media turut mendedahkan identiti pembantu juruterbang berkenaan sebagai Andreas Lubitz, 28.
Terdahulu penyiasat memberitahu bahawa juruterbang di luar kokpit itu mengetuk perlahan pada pintu pada peringkat awal tetapi tiada jawapan.
Dia kemudian dipercayai mengetuk lebih kuat sehinggakan ketukan itu dapat didengari dalam rakaman suara kokpit.
Pesawat Airbus A320 itu terhempas di pergunungan Alps Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona, Sepanyol ke Dusseldorf, Jerman menyebabkan kesemua 150 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Pihak berkuasa penerbangan Perancis tidak banyak mendedahkan tentang bentuk maklumat yang berjaya diperoleh daripada rakaman audio berkenaan dan sehingga kini masih kurang jelas sama ada maklumat tersebut lengkap atau rosak.
Maklumat daripada rakaman suara itu menambah misteri yang menyelubungi tragedi tersebut kerana ketika kemalangan cuaca dalam keadaan baik.
Selain itu, tiada langsung komunikasi dari dalam kokpit kepada pengawal trafik udara mahupun sebarang isyarat kecemasan sepanjang pesawat tersebut kehilangan altitud.
Perubahan ketinggian sebanyak 11,582 meter dalam masa 10 minit juga agak mengejutkan tetapi masih secara berperingkat untuk menunjukkan enjin berkembar pesawat itu berkemungkinan tidak mengalami kerosakan teruk.
Ketika pesawat itu merempuh kawasan pergunungan tersebut, ia bergerak pada kelajuan cukup tinggi iaitu sekitar 700 kilometer sejam untuk menyebabkan keseluruhan badan pesawat hancur berkecai dan tidak meninggalkan banyak petunjuk kepada pasukan penyiasat.
Cebisan mayat mangsa mula dibawa keluar dari lokasi nahas
IMEJ menunjukkan serpihan pesawat Germanwings yang bertaburan di lokasi nahas di pergunungan Alps Perancis kelmarin.

Beberapa buah helikopter telah mula memindahkan cebisan mayat mangsa dari tapak nahas Penerbangan 4U9525 Germanwings di pergunungan Alps Perancis pada petang kelmarin, kata satu sumber pasukan penyiasat kepada agensi berita AFP.

Tapak nahas yang berada pada ketinggian 1,500 meter itu hanya boleh dinaiki menggunakan helikopter ataupun pendakian sukar.

0 Response to "Kenali Pembantu Juruterbang Pesawat Germanwings Yang Sengaja Menjunamkan Pesawat!"

Post a Comment